Topeng Mulut Dan Hidung Kehabisan Stok

Kegagalan pembekal menghantar stok baharu selain pembelian pan1k sebelum ini, dikatakan punca masalah ketiadaan topeng mulut dan hidung di pasaran di negeri ketika ini.

Tinjauan di sekitar bandar raya ini mendapati, semua farmasi sudah kehabisan stok barang kawalan itu ketika penu1aran wab4k COVID-19 semakin membimbangkan.

Malah difahamkan,masalah sama turut berlaku di bandar utama lain di Sarawak seperti Sibu, Miri, Bintulu dan Sri Aman.

Pekerja sebuah farmasi di Batu Kawa, berkata pihaknya sudah menunggu bekalan sejak lebih tiga minggu lalu, namun hingga kini pembekal memaklumkan tiada penghantaran baharu diterima dari pengilang dari Semenanjung.

Katanya, sejak sebulan lalu berlaku pembelian pan1k apabila ada individu yang membeli barangan berkenaan dalam kuantiti yang banyak.

“Kami sentiasa berhubung dengan pembekal untuk memastikan bekalan diperolehi segera kerana setiap hari ramai yang bertanyakan topeng mulut dan hidung.

“Namun pembekal juga enggan memberi jaminan bila stok baharu akan sampai,” katanya yang enggan identiti didedahkan.

Difahamkan, empat kilang menghasilkan topeng mulut dan hidung di negara ini, namun kini pengeluaran tidak mampu menampung permintaan terlalu tinggi.

Empat kilang terbabit bukan sahaja menghasilkan produk topeng mulut dan hidung untuk pasaran tempatan malah untuk pasaran eksport.

Justeru, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi semalam memaklumkan, kerajaan sedang meneliti untuk menghentikan pengeksportan topeng mulut dan hidung, sebaliknya meningkatkan pengeluaran untuk menampung keperluan tempatan.

 

 

 

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*