Terpaksa Tarik Diri Saat Akhir, Nabila Razali Mohon Maaf

Penyanyi dan juga Pelakon Nur Nabila binti Mohd Razali atau Nabila Razali terpaksa menarik diri daripada sebuah acara yang dijadualkan berlangsung di Singapura pada Sabtu gara-gara penu1aran wab4k Covid-19 semakin teruk.

 

Oleh hal yang demikian, Nabila memohon maaf kepada pihak penganjur dan seluruh warga Singapura kerana tidak dapat membuat persembahan di acara tersebut.

Perkara itu dimuat naik Nabila di laman instagram miliknya.

“Sebagaimana WHO mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik, dengan berat hati, saya berasa sedih untuk beritahu bahawa saya tidak dapat membuat persembahan di MegaXpress Expo Halal 2020 yang dijadualkan pada Sabtu, pukul 9 malam.

“Jadi, demi keselamatan semua Bella ingin memohon maaf kepada pihak penganjur kerana terpaksa menarik diri disaat akhir.

“Kepada orang Singapura, saya minta maaf kerana mengecewakan anda tapi jika anda berada berdekatan, tolong sokong acara itu ya. Saya pasti anda akan bergembira di sana,” katanya.

Menurut Nabila lagi,  pihak pengurusannya turut membatalkan semua perjalanannya ke luar negara kerana enggan mengambil sebarang risik0.

Nabila  juga mengajak semua peminat mendoakan agar keadaan negara kembali pulih tanpa wab4k v1rus tersebut.

“Pihak pengurusan saya membuat keputusan untuk tidak mengambil risiko dan membatalkan semua perjalanan saya ke luar negara termasuk Jakarta dan Maldives.

“Sama-sama kita berdoa supaya w4bak Covid-19 cepat berlalu. Mencegah adalah lebih baik dari mengvbati. Sekali lagi saya ingin memohon maaf.

“Saya harap permohonan maaf saya ini diterima oleh pihak penganjur dan seluruh warga Singapura,” ujarnya.

Untuk maklumat, Singapura antara lokasi yang mempunyai jumlah tertinggi mangs4 wab4k covid-19.

 

 

Sumber: Ig Nabila Razali

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*