Pelbagai faktor sering dikaitkan dengan keadaan rambut beruban walaupun usia anda baharu mencecah sekitar 25 tahun.
Setuju atau tidak, golongan wanita sangat beauty conscious jika ternampak sehelai dua rambut putih di kepalanya berbanding kaum lelaki yang lebih relaks.
Malah ada juga yang seperti tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia sebenarnya mempunyai rambut beruban.
Namun tahukah anda faktor yang menyebabkan rambut hitam bertukar menjadi putih?
1.Stres
Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Nature, stres memainkan peranan yang signifikan dalam perubahan warna rambut daripada warna asal kepada warna kelabu.
Walaupun saintis telah lama memahami bahawa terdapatnya hubungan antara stres dan rambut yang beruban, tetapi kajian terbaharu ini telah mengesahkannya dengan lebih mendalam bagaimana ia berlaku.
Pada permulaan kajian, penyelidik melihat kepada kortisol, iaitu sejenis hormon stres yang meningkat naik dalam tubuh apabila seseorang individu tersebut mengalami respons ‘law4n atau lari’ (fight or flight).
Kortisol adalah satu fungsi badan yang amat penting, tetapi jika ia sentiasa wujud dengan kadar yang tinggi, ia akan memberikan kesan negatif pada tubuh badan manusia.
Menurut ketua penyelidik kajian ini, Dr. Ya-Chieh Hsu, selepas beberapa hari, kesemua sel stem penghasil pigmen ini hilang dan tubuh tidak lagi dapat menghasilkan kembali pigmen untuk rambut manusia. Ini kerana, kerosakan yang berlaku pada warna rambut ini bersifat kekal.
Dr. Kasey Nichols dari Rave Review pula menyatakan, stres terjadi apabila terdapat ketidakseimbangan antara radikal bebas dan juga antioksidan dalam badan kita atau disebut sebagai stres oksidatif (oxidative stress).
Ia kemudiannya menyebabkan kerosakan pada tisu, protein dan juga DNA. Walaupun stres mungkin memainkan peranan signifikan yang menyebabkan rambut anda menjadi beruban, namun masih terdapat pelbagai sebab lain yang membolehkan ia berlaku.
2.Genetik
Menurut Profesor Dermatologi di Pusat Pervbatan Universiti Columbia, Dr. Lindsey A. Bordone, rambut beruban disebabkan oleh kehilangan sel pigmen dalam folikel rambut akan berlaku seiring dengan peningkatan usia, tetapi malangnya, tidak terdapat sebarang rawatan yang boleh mengembalikan semula sel pigmen ini.
Beliau juga menyatakan, faktor genetik turut menjadi punca berlakunya rambut beruban terhadap seseorang individu itu.
Tidak terdapat sebarang rawatan pervbatan yang boleh mereka lakukan untuk menghalang perkara ini daripada berlaku apabila ia disebabkan oleh faktor genetik.
3.Merokok
Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2013, merok0k diketahui merupakan salah satu faktor risik0 bagi kejadian rambun beruban pramatang.
Selain itu, terdapat juga faktor-faktor lain yang menyebabkan proses uban pramatang seperti kekurangan protein, vitamin B-12, tembaga dan juga zat besi. Di samping itu, ia juga boleh disebabkan oleh pengumpulan stres oksidatif.
Tip melambatkan proses uban pramatang:
*Mengambil makanan yang tinggi dengan asid lemak omega-3 seperti ikan salmon dan kacang walnut.
*Kurangkan terdedah daripada cahaya ultraviolet kerana ia boleh merosakkan kulit dan juga rambut anda.
*Vitamin tambahan B-12 dan vitamin B-6 boleh membantu melewatkan proses penghasilan uban.
Kajian yang dilakukan oleh Universiti Harvard ini hanyalah kajian yang dijalankan terhadap tikus semata-mata.
Oleh itu, kajian ini juga perlu dilaksanakan ke atas manusia bagi menguatkan hasil kajian.
Menurut Dr. Ya-Chieh Hsu, bagi memahami dengan lebih tepat lagi, kajian telah meletakkan satu asas untuk mengetahui bagaimana stres memberi kesan kepada tisu dan organ lain dalam tubuh.
Sumber: Mstar
Leave a Reply Cancel reply