Penyanyi Ippo Hafiz atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, bakal menimang cahaya pada Ogos depan.
Ippo telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya itu pada 24 Ogos lalu dalam sebuah majlis sederhana di Impian Abadi 8, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Bakal bergelar bapa tak lama lagi, Ippo dan isterinya tidak mahu mengambil tahu soal jantina anak pertamanya ketika masih dalam kandungan.
Bagi Ippo, buat masa ini dia perlu bekerja keras kerana bakal memikul tanggungjawab yang besar.
Tambah Ippo lagi, dia dan isteri sudah merancang untuk mempunyai ramai anak memandangkan usia mereka sudah mencecah 30-an.
“Setakat ini, saya dan isteri memang dah buat keputusan tidak mahu mengetahui jantina bayi. Kami tidak kisah lelaki atau perempuan asalkan sihat dan sempurna sifatnya.
“Saya anggap menunggu kelahiran bayi ini satu tanggungjawab yang besar dan memberi semangat untuk saya bekerja lebih keras untuk menjadi seorang bapa kali kedua.
“Sekarang ini, usia pun dah masuk 30-an, kami bersyukur Allah berikan rezeki dan memang ada perancangan nak ramai anak,” kata Ippo kepada mStar ketika ditemui di majlis penutupan Kursus Asas Pertahanan Awam (Bridge Kesenian APM) di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kajang, baru-baru ini.
Ippo anggap kerjasama dengan Siti Nurhaliza adalah rezeki bayinya yang bakal lahir tidak lama lagi.
Dalam pada itu, Ippo meluahkan rasa syukur apabila impiannya mencipta lagu untuk penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza tercapai.
“Saya simpan impian 9 tahun sejak bergelar komposer iaitu membuat lagu untuk Siti Nurhaliza dan akhirnya akan tercapai.
“Sebelum ini pun saya pernah menghantarkan demo lagu untuk dia tetapi ketika itu rezeki tak berpihak pada saya.
“Alhamdulillah, kali kedua membuahkan hasil dan lagu itu merupakan runut bunyi untuk sebuah drama,” ujarnya.
Sumber: Mstar, Ig Ippo Hafiz
Leave a Reply Cancel reply