Penyanyi Datuk Jamal Abdillah yang kini popular dengan lagu duet Belenggu Rindu, mengakui kerjasama dia dan Wany Hasrita merupakan salah satu cara untuk kekal relevan dalam kalangan peminat baru.
Tambah Jamal lagi, dia bersyukur kerana single terbabit mendapat respon positif pendengar.
“Alhamdulillah, lagu Belenggu Rindu mendapat penerimaan baik dan diputarkan di banyak stesen radio. Itulah sebenarnya formula saya…
Sumber: Google
“Selain mahu bekerjasama dengan penyanyi baru yang berbakat seperti Wany, saya mahu memasuki aliran perdana kerana mahu kekal dalam industri ini,” kata Jamal.
Jamal juga mahu lagu nyanyiannya mendapat sambutan baik di stesen radio tempatan.
Sumber: Ggogle
“Saya sedar, ramai penyanyi senior mempunyai masalah yang sama jika mereka keluarkan lagu baru kerana ada segelintir stesen radio tidak memutarkan lagu mereka.
“Dengan kolaborasi bersama penyanyi muda, saya masih dapat rasakan sambutan baik semua stesen radio dan saya akan terus menggunakan cara yang sama untuk menarik peminat baru,” katanya ketika ditemui di majlis prebiu buffet Ramadan di Hotel Tenera Bangi baru-baru ini.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply