Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob merupakan seorang penyanyi dan chef selebriti.
Terbaharu, Datuk Fazley telah mencur1 perhatian netien apabila memuat naik video TikTok di laman instagram miliknya.
Apa yang mengejutkan, video yang dimuat naiknya itu mendapat tontonan sehingga 400,000 di aplikasi TikTok.
Menurut Fazley, beliau sendiri tidak menyangka video yang dirakam ‘suka-suka’ itu membuatkan netizen terhibur.
“TikTok ni sebenarnya saya tak nak buat, tapi anak-anak saya minta, peminat pun suruh buat…Jadi saya pun buat.
“Saya rasa ini masa untuk peminat tengok saya menari,” katanya ketawa.
Namun, ada juga netizen yang menganggap Fazley tidak menjaga imejnya dan menjatuhkan reputasi kerana terjebak dengan TikTok.
“TikTok tidak menjejaskan imej saya pun. Selebriti di luar negara dah lama menggunakan TikTok ni, kita saja yang ketinggalan.
“Rasanya tak salah kalau saya pun nak mengikuti perkembangan teknologi terkini,” ujarnya kepada HLive!
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply