COVID-19 Diisytihar W4bak Pandemik Oleh WHO, Ini Maksudnya

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan situasi penu1aran COVID-19 sebagai pandemik lapor Awani.

Perkara itu diumumkan menerusi akaun Twitter rasmi pertubuhan itu, yang antara lain menyatakan penilaian terkini dibuat setelah memantau penu1aran dan kemudar4tannya.

“WHO telah menilai penu1aran ini sepanjang masa dan sangat bimbang dengan tahap penyebaran dan kemudar4tannya, juga mengambil kira tahap tindakan yang tidak mencukupi.

“Oleh itu, kami telah membuat penilaian bahawa COVID-19 boleh dikategorikan sebagai pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus.

Tambahnya, pandemik bukan suatu istilah yang boleh digunakan secara ringan atau kurang teliti. Ia adalah istilah, yang jika disalah guna, boleh mengak1batkan ketakvtan yang tidak sepatutnya, atau persepsi bahawa penent4ngan terhadapnya sudah berakhir, hingga menyebabkan pender1taan dan kemat1an yang tidak perlu.

“Menyifatkan situasi ini sebagai pandemik bagaimanapun tidak mengubah penilaian WHO mengenai anc4man yang dibawa oleh koronav1rus ini.

“Ia tidak mengubah sebarang langkah yang diambil oleh WHO, dan tidak mengubah tindakan yang perlu diambil oleh negara-negara terlibat.
“Kita tidak pernah sebelum ini melihat pandemik dicetuskan oleh koronav1rus. Pada masa yang sama, kita juga tidak pernah melihat satu pandemik yang boleh dikawal,” jelasnya.

Menurut Tedros, WHO sudah dalam mod bertindak, sejak kes pertama.

“Setiap hari, kami menyeru setiap negara untuk mengambil langkah segera dan agres1f,” ujarnya.

Terdahulu, pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit yang merebak melalui populasi manusia dan merentasi kawasan luas hingga melepasi sempadan negara dan benua, malah ke seluruh dunia.

Sumber: Astro Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*