Pelakon Veteran Fauziah Nawi telah kehilangan anaknya iaitu Pitt atau nama sebenarnya, Mohd. Firdaus Mohamad Hanif yang ditemui mat1 lemas di Sungai Jelai, Lipis Pahang apabila bot yang dinaiki karam pada Oktober lalu.
Sejak pemergian anaknya, setiap hari Fauziah menulis catatan diari dan dedikasi buat arwa4h anaknya yang dimuat naik dilaman instgaram miliknya.
Menurut Fauziah, dia tidak pernah melupakan arw4h anaknya walaupun sehari. Bahkan, dia seperti merasakan seolah-olah Pitt akan pulang dan hanya keluar bekerja untuk tempoh yang panjang.
“Sudah 140 hari buah hati mama pergi. Tak sehari pun mama lupa awak tau Pitt. Tempat duduk depan rumah tu memang mama sangkut kalendar di sebelah dinding kiri.
“Mama sentiasa mengira hari merenung kalender 2019 dan 2020. Masih tak rasa Pitt takkan balik, mama sesekali terfikir lambatnya penggambaran Pitt kali ini,” luahnya menerusi satu entri di Instagram.
Di sebalik kesedihannya itu, menurut Fauziah dia bersyukur kerana masih mampu mengirimkan doa buat anaknya itu.
“Pitt, mama bersyukur Allah beri mama peluang setiap hari untuk mampu mengirim untaian doa berserta rangkaian bacaan Yasin dan Al-Mulk untuk Pitt, baba, atuk dan mak nek. Sehingga kita bertemu lagi sayangku,” coretnya.
Perkongsian Fauziah itu telah mendapat pelbagai respond para pengikutnya.
Sumber: Ig Fauziah Nawi
Leave a Reply Cancel reply