Pelakon filem Forrest Gump, Tom Hanks mengesahkan dirinya dan isteri Rita Wilson positif COVID 19.
Berita tersebut diumumkan Hanks, 63, menerusi kemaskini terbaru di laman sosial Twitter dan Instagram (IG) miliknya pada pukul 10 pagi tadi (waktu Malaysia).
Hanks yang kini berada di Australia berkata, dia dan isteri dem4m ketika menjalani penggambaran filem kisah hidup Elvis Presley.
“Kami menjalani ujian dan kemudian disahkan positif (Covid-19),” kongsinya di laman sosial.
Tambah Hanks lagi, dia dan isteri kini sedang dikuarantin dan menjalani pemantauan kesihatan.
“Kami akan mengemaskini setiap perkembangan,” tulisnya pada posting yang memaparkan gambar sarung tangan tong sampah biobah4ya.
Hanks adalah bintang Hollywood pertama yang mengumumkan secara terbuka dijangk1ti v1rus itu.
Sumber: Gempak, Twitter Tom Hanks
Leave a Reply Cancel reply