Disaat dunia ‘berper4ng’ melaw4n anc4man virvs pembvnuh penyebab penyak1t COVID-19, warganet pula disajikan dengan pelbagai berita palsu mengenai Covid-19 tanpa sokongan fakta.
Ada penawar yang dipaparkan tidak dapat disahkan, malah jika diamalkan mungkin bakal mendatangkan kesan burvk terhadap kesihatan manusia.
Memetik laporan Astro AWANI, berikut antara mitos-mitos mengenai COVID-19 yang tersebar di media-media sosial:
1. Makan bawang putih
Bawang putih terbukti mempunyai kebaikan kesihatan dan ia juga terbukti mempunyai sifat mencegah bakteria dan antivirus (anti-microbial properties).
Namun, realitinya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada bukti bawang putih dapat mencegah COVID-19.
Dalam satu laporan South China Morning Post (SCMP), seorang wanita telah dimasukkan ke hospital kerana simptom radang tekak selepas makan lebih 1.5 kilogram bawang putih.
Sumber: Google
2. ‘Mineral ajaib’
Bintang YouTube, Jordan Sather mend4kwa mineral ajaib ‘Magic Minerals’ atau lebih dikenali sebagai MMS yang mengandungi klorin dioksida (chlorine dioxide) bukan sahaja dapat membvnuh sel-sel k4nser malah membasmi jangk1tan koronavirus.
Sebenarnya, Pentadbiran Makanan dan Ub4t-Ub4tan (FDA) pernah mengeluarkan am4ran keburukan produk berkenaan yang tiada bukti kebaikan untuk kesihatan, selain hanya memberi kesan buruk seperti muntah, cirit-birit dan dehidrasi.
3. Resepi gel pembasmi kuman buatan sendiri
Kebimbangan susulan penularan jangk1tan koronavirus mendorong rakyat negara terjejas COVID-19 untuk membuat pembelian panik gel dan cecair pembasmi kuman menyebabkan farmasi kini kekurangan atau kehabisan stok.
Ini menjadikan warganet yang serba kreatif mengeluarkan resepi baharu yang menyerupai jenama-jenama terkenal, namun tidak menepati kandungan yang ditetapkan.
Menurut saintis, produk gel buatan sendiri ada kalanya mempunyai kandungan alkohol yang terlalu tinggi untuk penggunaan kulit.
Resepi produk itu lebih sesuai digunakan bagi membersih permukaan serta alat, tetapi mungkin berb4haya jika digunakan pada permukaan kulit.
Menurut Sally Bloomfield, profesor di London School of Hygiene and Tropical Medicine, setakat ini tiada resepi gel buatan sendiri yang berjaya dibuat di rumah.
Sumber: Google
4. Minum air setiap 15 minit
Seorang doktor dari Jepun did4kwa menyarankan minum air setiap 15 minit untuk mengeluarkan virus dari badan melalui sistem urinari.
Posting itu tu1ar di media sosial dan dikongsi lebih 250,000 kali.
Namun ia terbukti hanyalah mitos apabila Prof Trudie Lang dari University Oxford memaklumkan bahawa tiada bukti virus (terutamanya virus respiratori seperti penyak1t COVID-19) dapat dikeluarkan dengan cara ini.
Malah, katanya, secara logik, virus hanya dapat dilawn dengan sistem imun manusia itu sendiri.
Sumber: Google
5. Pilih suhu panas
Dakw4an bahawa suhu panas dapat membvnuh kuman seperti virus penyak1t COVID-19 sangat popular ketika wab4k ini menvlar.
Malah ada dakw4an di Twitter kononnya pihak Unicef sendiri memberi saranan lebihkan minum air suam dan kurangkan pengambilan ais krim.
Dakw4an itu ternyata palsu, apabila kakitangan bahagian pengendalian informasi palsu di Unicef, Charlotte Gornitzka mengeluarkan penafian.
Setakat ini, tiada bukti kukuh mengaitkan ciri-ciri COVID-19 dan reaksinya terhadap suhu panas.
Sumber: Astro AWANI
Leave a Reply Cancel reply