Isteri pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azra sebelum ini pernah mencur1 perhatian netizen sekali lagi apabila rumah tangganya dikatakan bergolak.
Sumber: Google
Terbaharu, Hana mendedahkan bahawa dia pernah meniaga ayam seringgit demi mencari duit poket ketika masih lagi menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi.
Sumber: Google
Perkara tersebut dikongsikan Hana melalui laman instagram miliknya.
“Serius nak berbisnes bukan mudah. Kalian tahu tak, sebelum saya ada produk sendiri, saya pernah jual ayam goreng seringgit tu? Saya pernah jual nasi lemak.
“Waktu belajar, masa tu semester lima kot tak silap. Punyalah gigih nak cari duit, merata saya jalan nak jual ayam dan nasi lemak tu.
“Kalian bayangkan muka saya, pegang dua bakul yang satu bakul penuh ayam goreng, satu lagi bakul penuh nasi lemak. Saya rondalah dari blok ke blok asrama perempuan dengan kawan saya. Jeritlah kami dua nasi lemak ayam goreng, setiap petang wajib ya,” tulis Hana di Istagramnya.
Menurut Hana lagi, walaupun terpaksa meronda dari blok ke blok asrama perempuan dengan membawa dua bakul penuh ayam goreng dan nasi lemak, dia tidak pernah terdetik rasa malu kerana mahu mencari wang saku demi kelangsungan hidup.
“Tak ada rasa malu ke apa. Ye lah, nak cari duit poket kot. Mak ayah bagi duit pun cukup-cukup je belanja,” tulisnya mengenang masa lampau.
Dalam pada itu, Hana turut memberi gambaran bahawa kehidupan rakan-rakannya kini juga jauh lebih baik berbanding dirinya.
Sumber: Google
“Tiba-tiba saya rindu geng politeknik saya. Mereka masing-masing dah ada kehidupan yang sangat baik.
“Jauh lebih baik daripada kehidupan saya. Masing masing bahagia dengan keluarga dan anak-anak. Alhamdulilah. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang berkekalan! Amin!,” luahnya.
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply