Penyanyi Ernie Zakri atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri kini merupakan juri tetap Ceria Megastar 2020.
Program Ceria Megastar 2 ini telah mula bersiaran pada Sabtu, 29 Februari lalu pada jam 9 malam.
Erni yang tidak lokek berkongsi ilmu kepada anak-anak muda mendedahkan dia bukan sahaja bercita-cita mahu jadi penyanyi tetapi juga mahu menjadi pendidik kepada golongan junior.
“Cita-cita saya bukan saja ingin jadi penyanyi tapi jika diberi peluang saya ingin mendidik dan kongsi ilmu yang ada pada diri saya.
“Ini salah satu platform yang baik untuk saya lakukan. Saya kongsi dengan junior macam mana nak teruskan dalam karier. Mereka ini yang akan jadi pengganti apabila saya dah tiada nanti.
Tambah Ernie lagi, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberitahu junior apa yang bagus dan tidak bagus dalam persembahan memandangkan mereka juga yang akan meyambung legasinya.
“Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk beritahu apa yang bagus untuk mereka amalkan dalam persembahan.
“Seperti mana saya beri contoh kepada cikgu saya, Datuk Syafinaz jadi seperti itu juga yang saya inginkan.
Erni juga turut mengatakan bahawa menjadi juri tetap Ceria Megastar 2020 ini, dia perlu banyak belajar lagi dan menganggapnya sebagai satu permulaan.
“Sebagai juri sebenarnya banyak yang perlu dipelajari, insya-Allah Ceria Megastar 2020 ini adalah satu permulaan,” katanya kepada Gempak.
Selain itu, Ernie akui ada persiapan yang dilakukan sebelum tampil sebagai seorang juri.
“Saya banyak bertanya kepada rakan artis lain yang pernah duduk di kerusi juri. Datuk Syafinaz sendiri ada kongsikan saya tips bagaimana untuk beri krit1kan.
“Saya gunakan juga ilmu semasa belajar dulu. Sebenarnya kita yang duduk di kerusi juri ini satu sebagai juri dan satu lagi adalah penonton. Jadi peserta ni perlu hiburkan kita,” katanya lagi.
Selain Ernie, juri tetap bagi musim ini adalah Zizan Razak manakala Shuib Sepahtu diundang sebagai juri profesional bagi minggu pertama dan kedua.
Sumber: Gempak, Ig Ernie Zakri
Leave a Reply Cancel reply