“Orang Kata Bila Jadi Pembantu Mutawif, Tak Boleh Nak Buat Umrah Sangat Tapi Sebenarnya…” – Ezad Lazim Kongsi Pengalaman Jadi Pembantu Mutawif

Vokalis Kumpulan Exists Ezad Lazim atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim telah berkongsi pengalamannya pertama kali bergelar pembantu mutawif.

 

Menurut Ezad, dia akui begitu teruja apbila berpeluang menjadi pembantu mutawif ketika berkujung ke Tanah Suci Mekah baru-baru ini dan berharap dapat mendalami bidang tersebut.

“Tahun ni pemergian saya sedikit berbeza kerana saya menjadi pembantu mutawif. Bila jadi pembantu mutawif, pengalamannya sangat unik.

 

“Orang kata bila jadi pembantu mutawif, kita tak boleh nak buat umrah sangat tapi sebenarnya boleh je kita pun sama-sama buat ibadah cuma kita kena lebihkan pada jemaah.

Apa-apa, kita kena utamakan jemaah dan kita kena guide mereka,” cerita Ezad kepada Gempak ketika ditemui selepas majlis Cinta White Ballroom by Ezad Lazim yang diadakan di Dewan Sri Taming, Balakong.

Cerita Ezad lagi, pada mulanya dia agak ragu-ragu untuk menerima tawaran tersebut namun menganggapnya sebagai satu jalan pembuka rezeki.

“Idea untuk jadi pembantu mutawif sebenarnya timbul bila saya bercadang nak pergi umrah, tiba-tiba ada kawan dari agensi umrah yang menawarkan saya pergi sebagai pembantunya.

“Mula-mula saya ragu-ragu juga macam layak ke saya jadi pembantu mutawif tapi ustaz tersebut meyakinkan saya,” tambah Ezad lagi.

 

 

Sumber: Gempak. Ig Ezad Lazim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*