“Tak Ada Salah Media Bertanya Soalan…” – Dr Amalina

Pelatih pakar bed4h warganegara Malaysia, Dr Nur Amalina Che Bakri telah memuat naik status terbaru di laman twitternya yang menyatakan media dan doktor perlu saling melengkapi apabila memberi info kesihatan dan kesedaran kepada rakyat.

Dr Amalina menyokong tindakan pihak media yang bertanyakan soalan di sidang media Ketua Pengarah Kesihatan berhubung COVID-19.

“Saya cuma ingin memberi pendapat, maaf dahulu kalau ada salah dan silap. Terima kasih kepada para wartawan yang membantu para doktor menangkis mitos kesihatan.

“Tidak ada salah untuk media bertanya soalan di sidang media, malah pada pendapat saya memang digalakkan untuk membetulkan persepsi yang salah. Apa yang saya mahu bincangkan di sini adalah cara penyampaian berita,” ujar Dr Amalina menerusi satu bebenang kicauan.

Perkara ini mendapat perhatian Dr Amalina apabila seorang pengamal perVbatan Dr Rafidah Abdullah mem4rahi wartawan kerana bertanyakan soalan kepada Ketua Pengarah mengenai kesahihan masakan ikan singgang yang dikatakan mampu menjadi penawar kepada wab4k ini.

 

 

Menurutnya, soalan remah seperti itu tidak sepatutnya ditanya sambil mempersoalkan kematangan wartawan dalam menjalankan tugas.

Status Dr Amalina itu telah mendapat pelbagai respond pengguna twitter yang rata-rata turut menyokong pendapat Dr Amalina tentang pengesahan media terhadap sesuatu isu berbangkit.

“Terima kasih Dr Amalina. Tugas kami ada istilah follow up. Jadi jika keluar satu cerita kita kena follow up untuk pengesahan lanjut. Macam cerita singgang ni. Memanglah lawak tapi siapa boleh verify benda ni? Tentulah KKM,” kata seorang wargamaya.

 

“Saya percaya bahawa tugas wartawan dalam mendidik masyarakat ni sebenarnya krit1kal dan signifikan bagi mengisi ruang kosong kefahaman dan kepercayaan am. Mitos dan maklumat palsu dalam pervbatan disebabkan wujudnya ruang kosong ini,” ulas seorang wargamaya.

“Setiap hari media beri ruang besar untuk laporan Covid 19. Siapa buat kerja? Tentulah wartawan, penolong pengarang, pengarang, artis grafik dan jurugambar. Mereka ini ada jasa juga,” luah seorang wargamaya.

“Bagus Dr. Inilah pendapat yang kami mahukan. Bukanlah pendapat yang menyalahkan satu pihak semata-mata. Jikalau kita seorang yang berilmu, kita kongsi ilmu itu. Biar semua orang faham,” ujar seorang wargamaya lagi.

Terdahulu, pensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu, Dr Azizah Mahmood menyatakan ikan singgang berpotensi untuk merawat penyak1t Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob.

 

 

Sumber: Gempak, Twitter Dr Amalina, Ig Dr Amalina

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*