Terdahulu, suami kepada Bunga Citra Lestari (BCL), Ashraf telah dilaporkan meningga1 dun1a akibat sera ngan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari lalu.
Ibu kepada Allahy4rham Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman yang menetap di Malaysia dilihat sering kali berkongsi foto BCL dan Noah yang disertakan dengan kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan selepas pemergian anak lelakinya itu.
Walaupun tinggal berjauhan, ia tidak menghalang Ibu kepada Allahy4rham Ashraf Sinclair, Khadijah atau lebih mesra dipanggil Dida untuk terus menjalin hubungan erat dengan menantunya, BCL dan cucu lelakinya, Noah Sinclair yang menetap di Indonesia.
Khatijah juga tidak lupa untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus mendoakan keluarganya.
MasyaAlllah. Ribuan ribuan terima kasih atas kata kata yang amat murni.
“Bunga amat disayangi dan menjadi inspirasi kepada ramai peminatnya.
“Kami nak lihat Noah membesar menjadi lelaki yang baik, bahagia dan penuh kasih sayang seperti ayahnya.
“Kemudian ada Aunty Aishah dan gadis-gadisnya, Uncle Adam dan Uncle Alam dengan Aunty Yuna dan Aunty Tasha.
“Noah juga mempunyai keluarga Mommies dengan sepupu muda yang akan membesar bersama dengannya.
“Insya-Allah, Allah swt mempunyai rancangan yang baik dan peduli untuk Noah. Amin,” tulisnya di ruangan komen.
Ramai pengikut memuji layanan keluarga Sinclair terhadap BCL dan berharap mempunyai mertua sepeti Dida.
Sumber: Gempak, Ig dida_sinclair, Ig BCL
Leave a Reply Cancel reply