Pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani binti Ismail baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannya, Muhammad Shazli Azhar pada 20 Februari di sebuah premis acara di Bukit Damansara.
Emma dan Shazli ketika ditemui selepas majlis persandingan yang diadakan di Bora Ombak, Putrajaya pada Sabtu mendedahkan bahawa dia dan suami menyerah soal memiliki cahaya mata sepenunya kepada Allah SWT.
Tambah Emma dan suaminya lagi, mereka terbuka untuk memiliki zuriat dalam masa terdekat namun dalam masa yang sama tidak mahu ada sikap berlumba-lumba untuk memiliki anak.
“Niat untuk memiliki zuriat tu semestinya ada tapi kami menyerahkannya pada Allah SWT. Kalau ada rezeki, ada la.
“Kami tidak meletakkan sebarang sasaran kerana kami tak rushing pun, Nak terkejar-kejar, berlumba dengan kawan-kawan siapa dapat anak dulu, tak ada,” ujar Emma.
Menurut Emma lagi, dia akan berlatih untuk menjadi isteri yang terbaik buat suaminya.
“Lepas ni bangun pagi tak boleh terus keluar rumah, kena siapkan sarapan untuk suami, balik pun tak boleh terus tidur kena jumpa suami dulu, jadi saya akan cuba jadi isteri yang terbaik,” ujar Emma lagi.
Sumber: Gempak, Ig Emma Maembong
Leave a Reply Cancel reply