“Banyak Tawaran Saya Tolak Kerana Suami…” – Fasha Sandha Dedah Sesuatu Mengenai Aidil

Pelakon Fasha Sandha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha binti Hassan kini sedang hamil lima bulan dan dijangka bakal melahirkan bayi perempuan di antara Julai dan Ogos.

Sebelum ini, hasil perkahwinan pertamanya, Fasha Sandha dikurniakan dua orang cahaya mata, Putra Rayfal Ramli,7, dan Putri Raysha Jemyma,5.


Terbaharu, Fasha mendedahkan bahawa dia telah menolak banyak tawaran kerana suaminya, Aidil Aziz tidak membenarkan dia berlakon sepanjang kehamilan.

Tambah Fasha lagi, atas nasihat suaminya, dia kini sedang berehat seketika daripada berlakon dan hanya fokus dalam komitmen untuk promosi drama dan sebagai duta.

“Ada banyak tawaran dan saya tolak kerana suami tak benarkan. Puas saya pujuk.

“Tiga hari tiga malam pujuk pun tak berhasil juga. Jadi kena ikutlah,” katanya.

Bagi Aidil, dia mahu Fasha berehat di rumah dan biar dia sahaja yang keluar bekerja.

“Biarlah dia berehat dan duduk di rumah. Memasak dan bersama anak-anak. Biar saya yang keluar bekerja,” katanya yang sedang menjalani penggambaran untuk sebuah drama yang bakal ditayangkan di Astro.

 

Manakala bagi Fasha pula, dia berasa kekok berada dirumah kerana sudah terbiasa bekerja sebelum ini.

“Kita dah biasa bekerja, jadi bila duduk rumah tu rindu pada suasana kerja,” katanya kepada HLive!

 

Apapun kita doakan semoga Fasha selamat melah1rkan bayi perempuannya nanti.

 

 

Sumber: Gempak, Ig Fasha Sandha

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*