“Memang Ada Pembantu Memudahkan Urusan, tapi…” – Nina Iskandar Selesa Urus Anak Sendiri

Pelakon Nina Iskandar atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 29, telah mendirikan rumah tangan dengan Penolong Pengarah Drama, Mohd Azlan Adzanan, 38, pada April tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung yang diberi nama Muhammad Aaryan Ar- Rizqin yang kini berusia tiga bulan.

Terbaharu, Nina berkongsi mengenai pengalamanya mnguruskan anak sulungnya itu tanpa pembantu rumah menerusi entri yang dimuat naik di Instagram story miliknya.

Menurut Nina, dia akui kadangkala dia tidak menang tangan untuk menguruskan anaknya seorang diri, lebih-lebih lagi ketiaka ketiadaan suaminya.

Tambah Nina lagi, anaknya Muhammad Aaryan Ar-Rizqin kini sedang melalui fasa enggang berenggang.

“Anak saya menjadi seorang yang sangat clingy sejak akhir-akhir ini. Sangat manja.

“Apabila suami saya tiada di sisi, ia lebih menyukarkan. Namun, bukanlah bermaksud saya ini lemah dan tak boleh lakukan sendirian.

“Cuma, saya dan suami selalu bersama-sama untuk menguruskan anak, sebab itu anak rapat dengan suami dan saya,” tulis Nina di Instagram Story miliknya.

 

Selain itu, Nina juga mengatakan bahawa dia lebih selesa menguruskan anaknya sendiri dan berasa lebih puas  melihat anak membesar di depan mata.

“Memang ada pembantu memudahkan urusan harian, tetapi ia tidak akan sama (kalau jaga anak sendiri). Bahkan, ia tidak akan pernah sama dari segi kepercayaan, kasih sayang, dan ikatan hubungan dengan anak.

“Tiada seroang pun yang akan faham anak anda melainkan diri anda sendiri,” katanya.

 

 

Sumber: Gempak, Ig Nina Iskandar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*