Pelawak dan pengacara, Ajak Shiro atau nama sebenar Mohamad Hanaffi Razak telah berkahwin dengan Nur Afifah pada 6 Jun 2009. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamad Jad Thaqif, 11, Mohamad Had Thaqif, 8, dan Nada Soffea, 6.
Sempena Hari Wanita Sedunia semalam, Ajak telah mendedikasikan sesuatu kepada isterinya yang dimuat naik di laman instagram miliknya.
Ajak mendedahkan bahawa dia sudah mempunyai hasrat untuk menjadikan Afifah Amin sebagai isterinya sejak dirinya masih bersekolah di tingkatan satu lagi.
Tambah Ajak lagi, hubungan ‘cinta monyet’ itu akhirnya berakhir ke jinjang pelamin dalam tempoh 10 tahun.
“Nak dengar pasal cinta monyet? Wanita depan saya ini saya jumpa waktu umur saya 13 tahun. Waktu tu saya simpan cita-cita untuk jadikan dia suri hati saya.
“Alhamdulillah, selepas 10 tahun saya dapat halalkan hubungan. Waktu tu usia kami 23 tahun. Dia masih belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan saya bertugas di Lumut,” tulis Ajak pada foto yang dimuat naik di Instagramnya.
“Insya-Allah, hanya aj4l dan mavt yang akan pisahkan kita, tapi selagi ada masa saya di dunia ni, saya nak berbakti pada wanita ini yang bernama isteri.
“Saya takvt jika awak hilang dan saya juga tak tahu bila saya akan dijemput pulang,” luahnya Ajak lagi.
Sumber: Ig Ajak Shiro
Leave a Reply Cancel reply