‘Tq Sayang Surprise Kan I Tiap-Tiap Tahun…” – Rody Kristal Terima Kejutan Birthday Dari Isteri, Bakal Timang Anak Ke-2

Anggota kumpulan Kristal, Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin telah berkahwin dengan Niena yang juga penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April 2018. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adithya Jabbar yang kini berusia setahun.

Terbaharu, Rody telah berkongsi berita gembira bersama peminat di laman istagram miliknya. Rody meluahkan rasa syukur apabila isterinya disahkan hamil bayi kedua ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-34.

“Happy birthday to me! 34 dah.. Terima kasih sayang buat kejutan untuk I tiap-tiap tahun.. 

“Tapi dah pesan siap-siap nak surprise kena jimat-jimat hehe.. love u sayang! 

“Alhamdulilah hadiah dari Allah.. Tahniah abang @adithya_jabbar ! Hehe..terima kasih sayang,” tulis Rody di kapsyen fotonya bersama isteri di sambutan hari jadi.

Rata-rata pengikutnya mengucapkan selamat ulang tahun dan tahniah di atas berita gembira itu.

 

 

 

Sumber: Ig rodykristal

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*