Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Siti telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Jiwa. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aafiyah yang bakal berusia 2 tahun pada 19 Mac ini.
Nama Siti Aafiyah dipilih ketika pasangan itu mengerjakan umrah yang membawa maksud ‘segala yang baik’.
Siti Aafiyah sering kali mencur1 perhatian netizen melalui keletahnya menerusi video dan foto yang dimuat naik Siti di Instagram.
Gelagat Siti Aafiyah yang comel dan pandai melakukan pelbagai aksi yang mencuit hati serta petah bercakap dipuji ramai.
Melihat Aafiyah yang hampir memasuki usia dua tahun, ada dalam kalangan peminat Siti yang bertanyakan rahsianya mendidik Aafiyah berbanding kanak-kanak seusianya yang berdepan masalah perkembangan.
“Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang lain sebab setiap anak-anak perkembangan mereka berbeza-beza. Jadi kita bersyukur je.
“Yang penting anak-anak ni perkara utama adalah berkomunikasi, jangan biarkan anak bermain dengan gajet saja dan selalulah bercakap dengan mereka,” jelas Siti menerusi sesi live chat Instagram bersama peminatnya baru-baru ini.
Masa Tokti tengah buat live IG, ada orang tanya kenapa anak dia umur dah 2 tahun lebih tapi still xpandai cakap.
Instead of bagi tips mengarut, simple je jawapan tokti. Jangan banding bezakan anak kita dengan anak orang lain. Semua ada pace masing2 pic.twitter.com/CicouDOg4G
— JUST STAY AT HOME! DUDUK DIAM-DIAM (@IniAlannn) March 9, 2020
Siti yang mengenakan sehelai tudung bawal turut mendapat perhatian netizen apabila kelihatan lebih muda daripada usianya.
Video rakaman skrin sesi live chat Instagram itu tular di Twitter dan sudah ditonton lebih 15,000 kali.
Sumber: Gempak, Ig Siti Nurhaliza
Leave a Reply Cancel reply