“Bila Dah Ada Peluang Dan Rezeki Macam Ni, Apa Salahnya” – Ezad Lazim Bakal Bersanding Lagi

Penyanyi Ezad Lazim atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad bin Mohd Lazim bakal mengadakan persandingan sekali lagi bersama isterinya, Zeana Ramli hujung bulan ini.

Ezad, 41,dan Zeana, 41, sebelum ini telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 30 Mac 2013 di Keriang Hill Resort, Alor Setar, Kedah.

Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Puteri Rania Keisha dan Putera Muhammad Darwish.

Menurut Ezad, persandingan kali kedua ini sebagai salah satu cara menghargai usia perkahwinan mereka yang menginjak usia tujuh tahun serta memenuhi impian mereka suami isteri.

“Sebelum ni dia selalu pasang impian nak bersanding lagi sekali memandangkan yang kita buat sebelum ni secara tertutup dan diuruskan oleh keluarga.

“Kali ni dia ingat nak pakai gaun perkahwinan moden, kepuk-kepuk. Bila dah ada peluang dan rezeki macam ni, apa salahnya,” kata Ezad kepada Gempak ketika ditemui selepas majlis Cinta White Ballroom by Ezad Lazim yang diadakan di Dewan Sri Taming, Balakong, sebentar tadi.

Tambah Ezad lagi, mengendalikan perniagaan ruang acara untuk sebarang majlis membuatkan dia memilih untuk mengadakan persandingan kali kedua ini sebagai tanda perasmian dewan tersebut.

 

“Cinta White Ballroom by Ezad Lazim merupakan ruang event yang boleh anda semua tempah untuk apa juga acara korporat dan perkahwinan.

“Kami sambut ulang tahun perkahwinan ketujuh kami sebagai tanda simbolik pada pelancaran ruang majlis ni.

“Saya sendiri tak ada pengalaman dalam bidang perniagaan ruang ni tapi isteri pula ada pengalaman urus majlis perkahwinan, dia juga banyak beri sokongan, jadi apa salahnya kami cuba,” katanya lagi.

 

 

Sumber: Gempak, Ig Ezad Lazim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*