“Tak Semestinya Badan Kena Ketul-Ketul Baru Boleh Buat..” – Fizz Fairuz

Pelakon Datuk Fizz Fairuz atau nama penuhnya Datuk Fairuz bin Zainal Abidin dilihat sedang sibuk menjalani penggambaran filem aksi Coast Guard. Filem tersebut turut dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Julia Farhana, Fauzi Nawawi, Hazama dan Sabri Yunus dijangka akan ditayangkan pada Ogos depan.

Terbaharu, Fizz telah memuat naik satu foto di laman instagram bersama kasyen di bawah:

Tak semua org blh bawak action movie ngan baik,tak semestinya badan kena ketul2 baru blh buat action movie.. hahaha.. acting kena power jgk,bergerak sekali lah.. klu tak,tak aceee lahhh… klu kronie ok,kompom lepas ko ,lepas ko,lepas ko ko… sampai bila2 lah.. so… apa lagi buat sendiri la klu pandai hahahaha.. #trowback #coastguardfilm2020

Fizz berpendapat bahawa bentuk badan yang sasa bukanlah kunci utama seseorang itu dapat membawakan watak aksi dengan baik.  Tambah Fiz lagi, mutu lakonan mesti bergerak seiring dengan bentuk badan yang sasa barulah watak yang dilakonkan itu berjaya meninggalkan kesan kepada penonton.

 

Sumber: Ig Fizz Fairuz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*