Sering Alami Masalah Kemurungan? Sharifah Sakinah Kongsi Tips Elak Masalah Tersebut

Seperti yang umum tahu, pelakon Sharifah Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired adalah seorang yang sangat menjaga pemakanan dalam memastikanR diri dan keluarga sentiasa sihat.

Terbaharu, Sharifah Sakinah telah berkongsi satu video mengenai kebaikan memakan petai di laman instagram miliknya. Bagi Sakinah, dia percaya bahawa pengambilan ulaman seperti petai mampu mengelakkan masalah kemurungan.

 

“Content makanan kedua : petai

Keputusan kaji selidik di kalangan orang yang mengalami kemurungan, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan petai.

“Ini kerana petai mengandungi tryptophan, sejenis protein yang badan bertukar kepada serotonin, yang yang dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. (Sumber gugel),” tulisnya.

“Kalau korang stress yang ada masalah anxiety, sebab zaman sekarang sudah akhir zaman,manusia tak lari dari masalah anxiety,stress kemurungan.

“Jadi, anda boleh sediakan snek yang mudah iaitu berbentuk sayuran dan ia sangat penting,” katanya sambil menikmati petai.

 

 

 

Sumber: Ig Sharifah Sakinah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*