Penyanyi popular Wany Hasnita atau nama penuhnya, Nurshazwany Hasrita bin Hasbullah dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini.
Namun begitu, Wany memilih untuk tidak mendedahkan identiti jejaka tersebut yang telah berjaya menambat hatinya.
Tambah Wany lagi, dia mengakui sedang melalui fasa percintaan namun baginya terlalu awal untuknya bercerita lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
“Yang saya boleh cakap, saya tak kahwin tahun ini. Kami dalam proses mengenali hati budi seperti kata pepatah berkawan biar ramai tapi berkasih biar satu.
“Selagi belum ada tarikh atau kad kahwin saya tak mahu komen apa-apa.
“Kami berkenalan sejak 2010 dan dia bukan peminat saya pun. Cuma baru-baru ini saja kami membuat keputusan untuk lebih serius,” katanya kepada Gempak ketika ditemui pertunjukan fesyen Rico Rinaldi di GMBB Kuala Lumpur .
Wany turut menegaskan bahawa dia perlu menghormati lelaki tersebut sebelum memberi apa-apa kenyataan yang boleh menjerat dirinya nanti.
“Kami sebaya dan saya perlu hormati kedua-dua bela pihak sebelum keluarkan apa-apa kenyataan lagi.
“Tetapi sesiapa yang mengikuti perkembangan saya di Instagram akan tahu siapa identiti lelaki itu,” tambahnya.
Dalam perkembangan terbaru, Wany bakal muncul dengan single terbaharu berjudul Canggung ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong.
Sumber: Gempak, Ig Wany Hasnita
Leave a Reply Cancel reply