“Tak Pernah Tuisyen, Aktif Sukan, Jarang Belajar” – Jabir Meftah Dedah Rahsia Dapat 9A SPM

Peserta Hero Remaja 2020, Jabir Meftah sebelum ini pernah tu1ar di laman media sosial kerana wajah tampannya yang mencvri perhatian ramai ketika Anugerah MeleTOP ERA 2019.


Baru-baru ini keputusan Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2019 telah diumumkan. Jabir Meftah turut berkongsi keputusannya yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini iaitu mendapat 9A.

Menurut Jabir, dia tidak pernah mengikuti kelas tambahan (tuisyen) mahupun rajin belajar tetapi dia punya resepi kejayaannya tersendiri untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Saya tak pernah ke kelas tuisyen, aktif bersukan dan jarang belajar untuk peperiksaan. Saya bukanlah dikurniakan bakat tertentu tapi ada cara sendiri untuk sampai ke menara gading.

“Ingat, semuanya sudah dirancang jadi tak perlu nak tertekan. Berikan sehabis baik dan serahkan pada-Nya,” katanya.

Berikut merupakan tips kejayaan Jabir:

 

1. First Impression

“Kita selalu dengar dari senior subjek itu susahlah, lepas tu rasa down dan hilang semangat untuk belajar.

“Ini paling bah4ya sebab akan jatuhkan m0ral sebelum mula belajar lagi.

“Jadi, caranya angguk saja bila senior kata susah dan anggap mereka tak pandai. Letak ego sikit dalam diri.

“Biasanya senior pandai akan cakap senang je subjek itu,” katanya.

2. Respek

“Ramai pelajar ambil remeh bab ini padahal ia paling penting. Orang berjaya selalu hormat guru.

“Sebab dia ada ilmu yang kita nak. Tak kira apa jadi, hormat cikgu dan dengar perkataan yang dia cakap,” saran Jabir.

3. Maintain Result

“Sekarang korang dah jadi budak gifted yang tak study tapi score exam, untuk kekal korang kena cari scorer lain yang lagi tinggi dan berlaw4n dengan dia.

“Bandingkan kertas peperiksaan,” tambah Jabir.

 

 

Walau apapun keputusan peperiksaan anda, jangan putus asa dan teruskan berjuang. Gagal hari ini tak bermaksud gagal selamanya.

 

Sumber: Gempak, Instagram jabirmeftah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*