Penyanyi Noh Salleh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh bin Salleh dan isterinya Mizz Nina kini dilihat aktif dalam aktiviti kemanusiaan.
Terbaharu, Noh Salleh atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan telah membuat ramai menyangka dia akan meningglkan pentas nyanyian selepas memuat naik satu posting di laman instagramnya.
Melalui posting tersebut, Noh menulis pada ruangan kapsyen, kemungkinan persembahannya dengan kumpulan Hujan di Melaka dan akustik di Sabah adalah yang terakhir.
“Tak tau bila show terakhir aku nanti. Mungkin Melaka tu last aku dengan Hujan, Sabah tu last aku akustik sorang-sorang.
“Apa-apa boleh jadi, keceder4an yang dasy4t sampai cac4t, sampai aj4l, dan macam-macam lagi kemungkinan.
“Biar semua orang tau, i had a great time deliver musik kepada kalian semua. Tiada kurang atau lebih.
“Semuanya sempurna nikmat Tuhan bagi kat aku. Orang tua yang masih kuat dan sihat, masih boleh contact adik beradik dan keluarga.”
“Yang kurang cuma aku, kurang ajar dan adab. Dengan malasnya, dengan sombongnya. Harap maafkan segala kekas4ran saya selama kita bersama, halalkan makan minum, terambil sengaja atau tidak.
“Sementara aku hidup ni kalau ada hutang yang aku tak sedar mohon message straight je kat DM or comment.
“Thank you so much semua! Semoga panjang umur kita semua untuk bertemu kembali. Kalau tak, see you on the other side,” tulisnya.
Kapsyen Noh tersebut telah mendapat perhatian daripada sahabat dan pengikutnya di IG yang tidak mahu Noh berundur dari dunia seni.
Ada yang turut mengucapkan terima kasih kepada Noh dan Hujan kerana telah memberikan persembahan yang terbaik dan hebat sepanjag berada di pentas seni.
Noh yang menyedari perkara tersebut membalas komen mereka dengan menjelaskan tujuan dia memuat naik posting tersebut.
“Peringatan untuk semua la, bukan apa pun. Bersyukur pada Tuhan…Apa lagi yang Dia tak bagi ke kita. And time is running out. Live to the fullest!,” jawabnya pada komen seorang teman.
Sumber: IG Noh Hujan
Leave a Reply Cancel reply