“Bukan nak nampak kurus je, tapi…” – Berjaya turun berat sebanyak 9 kg, Fizo Omar dedah sebab nak tukar imej

Pelakon Fizo Omar atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 35, mendedahkan bahawa dia telah berjaya menurunkan berat badan hampir sembilan kilogram. Untuk mendapatkan bacaan berat yang ideal, Fizo meyasarkan berat badanya sebanyak 75 kilogram.


“Akhirnya dapat juga capai sasaran untuk berat badan. Target 75 kg, tetapi sekarang hampir 76 kg, kira okey lah. Sikit je lagi.

“Bukan untuk nampak kurus je, tapi bila dapat berat badan ideal ni badan pun sihat dan rasa ringan sangat.

“Tak ada lah lemau bila buat kerja. Lagi kerja macam aku dari pagi membawa ke malam, tiap-tipa hari dengan penggambaran, lepas tu mesyuarat lagi. Bila terlebih ‘besar’ ni serius cepat penat dan macam-macam peny4kit pula mengundang,” luah Fizo di laman instagram miliknya.

Tambah Fizo lag, dia tidak mempunyai apa-apa rutin diet yang khusus sebaliknya hanya mengawal pengambilan makanan sahaja.

“Diet ke? Susah nak cakap gak sebab aku ni balun je bila jumpa makanan yang sedap, cuma kawal lah bila makan tu kan.

“Lagi-lagi sekarang ni buat program #manamaumakan. Pergi restoren yang sedap dan reviu, kau rasa boleh kawal ke? Haha,” katanya.

Fizo turut berkongsi foto lamanya sebelum usia 30-an yang mana ketika itu beratnya mencecah sehingga 85 kg.


Jelas Fizo lagi, dia berharap dapat mencapai sasaran 75 kg demi imej baru yang ingin ditampilkan dalam drama terbarunya nanti.

“1 kg lagi untuk capai 75 kg untuk karakter baru bagi drama slot Akasia. Tengah fikir imej baru untuk drama baru ini,” katanya.

Rata-rata netizen begitu kagum dengan kejayaan Fizo menurunkan berat badan sebanyak 9 kg.

 

 

 

Sumber: Ig Fizo Omar

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*