Sebelum ini, percer4ian usahawan selebriti, Mawar Karim dengan pelakon Fizo Omar telah menggegarkan dunia hiburan. Mawar dan Fizo telah berkahwin pada November 2013 dan kemudian berpisah dengan ta1ak satu pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam. Pasangan ini mendapatkan raw4tan daripada Pakar Perb1danan dan Sak1t Puan, Dr. Hamid Arsat untuk memperoleh zvriat.
Terbaharu, Mawar mendedahkan bahawa dirinya kerap menerima mesej daripada wanita yang sedang melalui masalah rumah tangga ketika ditemui di Majlis prebiu buffet Ramadan di Hotel Tenera Bangi. Tambah Mawar lagi, kebanyakan mereka yang mengirimkan mesej tersebut sedang melalui proses pencer4ian dan bertanyakan soal kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Mereka meminta nasihat, ada kalanya saya balas. Saya memahami situasi yang terjadi tetapi saya tekankan kepada mereka, apa yang menjadi keutamaan mestilah kepentingan anak-anak.
“Mereka bertanya, bagaimana saya kelihatan sangat tenang di laman sosial biarpun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Bagi saya, tak semua perkara harus dikongsi.
“Alhamdulillah, saya meneruskan kehidupan seperti biasa dan saya meletakkan anak sebagai fokus utama. Semuanya demi anak,” kata Mawar.
Jelas Mawar lagi, anak tunggalnya, Wan Maryam seakan memahami apa yang terjadi di antara dia dan Fizo.
“Selain anak, saya memberikan fokus terhadap bisnes. Anak yang semakin membesar juga seolah-olah faham dengan keadaan yang sedang terjadi.
“Seperti contoh, jika saya katakan kepadanya Daddy akan datang mengambilnya, dia mengangguk faham dan dia akan cakap okay.
“Ada ketikanya saya membuat panggilan video untuk anak bercakap dengan Fizo. Saya dan bekas suami masing-masing meletakkan keutamaan terhadap perkembangan anak.
“Komunikasi itu penting dan kami akan tetap sepakat untuk menjaga anak dengan baik biarpun bukan lagi suami isteri,” katanya lagi
Sumber: Gempak, Ig Mawar Karim
Leave a Reply Cancel reply