“Kiri atau kanan?”-Fikry Ibrahim kongsi kad pelajar, sambung pengajian peringkat sarjana

Pelakon Fikry Ibrahim atau nama sebenarnya, Ahmad Fikry bin Ahmad Ibrahim baru sahaja menamatkan pengajiannya  dan telah menerima Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Pengiklanan dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Dr Mohd Azraai Kassim.


Walaupun baru sahaja menamatkan pengajiannya di peringkat ijazah, Fikry tanpa membuang masa terus meyambung pengajiannya dalam peringkat sarjana di universiti yang sama.

Fikry telah berkongsi perkara tersebut di laman instagramnya. Dia telah memuat naik foto kad pelajar terbaru untuk tatapan umum.


“Kiri ke kanan?” tanya Fikry apabila berkongsi dua kad pelajar semasa pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana.

“Hasrat menyambung pengajian pada peringkat sarjana didorong kesedaran kepentingan ilmu. Saya percaya proses pembelajaran tidak akan pernah terhenti sampai bila-bila.


“Walaupun tanggungjawab kian bertambah, saya akan cuba membahagikan masa sebaiknya. Cuma, apa yang berbeza kali ini, saya boleh menyusun jadual memandangkan saya memilih melakukan penyelidikan,” katanya kepada Berita Harian.

Antara komen peminat:

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig Fikry Ibrahim

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*