Tersenarai Dalam 4 Kategori AME2020, Ini Harapan Siti Nordiana

Siti Nordiana atau nama sebenarnya Siti Nordiana binti Alias telah tersenarai dalam Top 5 pencalonan bagi kategori Lagu MeleTOP, Penyanyi MeleTOP, Artis Versatil MeleTOP dan Grup/Duo MeleTOP (bersama Khai Bahar).


Siti Nordiana atau lebih mesra dipanggil Nana tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi mana-mana kategori dalam Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang akan bersiaran langsung pada Ahad, 21 April 2020, jam 9:00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Saya tak meletakkan harapan, saya serahkan semuanya kepada peminat saya, itu adalah kuasa mereka untuk mengundi saya.

“Semua peminat saya berasa teruja dengan pencalonan dalam AME 2020 ini, kadang-kadang mereka lakukan promosi tanpa disuruh oleh saya.


“Saya sendiri juga akan buat hebahkan di media sosial mengenai pencalonan saya kerana itu adalah satu ikhtiar saya sebagai seorang artis, selebihnya itu adalah soal rezeki sahaja.

Nana juga mengatakan dia sentiasa menjadi diri sendiri dan menjaga hati peminat kerana mereka amat menyayangi dirinya.


“Saya sudah ada peminat sejak zaman awal kemunculan, kemudian setelah saya buat ‘comeback’ mereka masih kekal dan ada pertambahan anggota baru.

“Sejujurnya, saya tak sangka mereka sangat menyanyangi saya, apa yang saya harus lakukan adalah sentiasa menjadi diri sendiri dan menjaga hati mereka,” katanya lagi.

 

 

 

Sumber: Gempak, Ig Siti Nordiana

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*