Bakal digadingkan dengan Jihan dan Nabil, ini respond Alif Satar

Penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar diumumkan bakal bergandingan dengan Nabil Ahmad dan Jihan Muse untuk mengendalikan program Anugerah MeleTop Era 2020 (AME2020).


Alif percaya gabungan bersama hos hebat seperti Nabil dan Jihan mempu memberikan pengalaman berbeza buat dirinya nanti.

“Cara untuk hos program ini agak berlainan berbanding acara lain, bila saya berbual dengan Nabil dan Jihan tu rasa aura yang berbeza.

“Bila ditawarkan untuk mengacara AME2020, saya rasa sungguh seronok. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan Nabil, dengan Jihan tapi bukan dalam skala yang besar. Kami juga belum pernah bergabung secara bertiga seperti ini.

“Tapi saya percaya bila bekerja secara berkumpulan pastinya akan jadi lebih baik. Tak ada masalah buat saya,” ujar Alif ketika ditemui Gempak.

Sumber: Google

Bukan setakat terpilih jadi pengacara untuk AME2020, Aliff juga turut tercalon dalam empat kategori iaitu Penyanyi Meletop Era, Hos Meletop, Fesyen Meletop dan Couple Meletop.

AME2020 bakal bersiaran secara langsung pada Ahad, 21 April 2020, jam 9:00 malam bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil dengan tagline ‘Yang Epik, Yang Legend’.

Selain itu, AME2020 bakal bersiaran secara eksklusif di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Istimewa kali ini, pelanggan Astro yang memiliki dekoder Ultra Box boleh menyaksikan AME2020 dalam format resolusi kualiti 4K UHD.

Untuk pilihan lebih fleksibel, AME2020 turut boleh diakses menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.

 

Sumber: Gempak, Ig Alif Satar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*