“Saya terpaksa tutup restoran sementara…” – Fazley Yaakob rancang buka pusat latihan kulinari

Dato’ Ahmad Fadzli bin Yaakob atau lebih dikenali sebagai Fazley Yaakob mendedahkan bahawa dia merancang untuk membuka sebuah pusat latihan kulinari.

Tujuan dia mahu adanya sebuah pusat kulinari tersebut adalah agar dia dapat memperkasakan dunia pendidikan kulinari secara formal.


“Restoran Suka Sucre di Cheras akan berpindah ke tempat baharu dan saya target lokasi itu nanti untuk dijadikan sebagai sebuah pusat latihan kulinari.

“Bahkan, selama ini pun saya juga ada menerima pelajar yang ingin menjalani latihan industri di restoran, tapi tak boleh ambil ramai sebab ruang terhad.


“Kalau nak buat kelas latihan, saya terpaksa tutup restoran sementara,” jelasnya kepada Gempak.

Fazley ketika ditemui di Majlis Previu Media Sajian Merentasi Zaman: Cef Datuk Fazley Yaakob X Four Seasons Kuala Lumpur, turut mendedahkan bahawa dia pernah menerima permohonan sehingga 40 pelajar setahun yang menjalani praktikal di restoran miliknya.

Fazley telah berkejasama dengan Hotel terkemuka itu dan pada kali ini menampilkan lebih 80 menu istimewa untuk bulan Ramadhan nanti.


“Kalau tahun lepas temanya lebih kepada menu Nusantara, tetapi kali ini, saya gabungkan juadah daripada semua negeri yang ada.

“Jadi, antara menu istimewa yang akan saya bawakan ialah nasi nyiru nostalgia dan puyuh salai kulit rambai,” katanya yang memberitahu sajian tersebut boleh didapati bermula 24 April depan.

 

Sumber: Gempak, Ig Fazley Yaakob

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*