Benladin tampil dengan single terbaru, kerjasama kedua dengan Malique

Pelakon dan penyanyi, Benladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladen bin Munshi Shaihan yang popular dengan lagu Hikayat Ben Ladin kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Rampung.

Penulis lirik lagu tersebut ialah Luca Sickta dan Sigma dan digubah oleh Malique dan Luca Sickta.

Ben ketika ditemui di majlis pelancaran single Rampung di The KL Journal Hotel, Kuala Lumpur menceritakan bahawa pengalamannya menghasilkan single terdahulu, Hikayat Ben Ladin bersama Malique membuatkan dia lebih memahami cara kerja komposer dan penulis lirik itu.


“Sejak awal pembikinan Rampung, Malique memberikan sepenuh kebebasan kepada saya untuk berkongsi idea dan pendapat, dia yakin cara itu dapat melahirkan hasil terbaik dan kepuasan untuk kedua-dua pihak.

“Kami sudah bekerjasama sebelum ini dalam menghasilkan lagu Hikayat Ben Ladin, saya sudah faham cara kerjanya.


“Daripada apa yang saya nampak, Malique sentiasa menitikberatkan kesempurnaan dan cara penyampaian di studio rakaman.

“Lagu ini mengambil masa sembilan bulan untuk disiapkan secara sepenuhnya, saya tidak kisah untuk menunggu lama kerana saya sangat meminati hasil karya Malique,” tambahnya.

 

Sumber: Gempak, Ig Benladin

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*