Sebut saja nama Neelofa pasti hampir semua mengenalinya. Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor merupakan seorang hos, pelakon dan usahawan popular kini serius merancang kerjaya di negara jiran, Indonesia.
Neelofa bukan sahaja mahu mengembangkan bakatnya dalam bidang hiburan di negara jiran tetapi turut mahu mengembangkan jenama tudung miliknya, Naelofar di sana.
“Saya mengatur perancangan dengan teliti untuk mencuba pasaran Indoensia. Bukan sahaja bidang seni, saya juga mahu membawa jenama Naelofar di sana.
“Insya-Allah, setakat ini saya dalam perbincangan bagi menjayakan sebuah projek filem di Indonesia. Apabila semuanya sudah disahkan, saya pasti akan mengumumkannya,” kata Neelofa.
Neelofa yang juga bekas hos MeleTOP sudah mempunyai seorang pengurus disana.
Saya sudah bertemu dengan individu yang bakal menguruskan kerjaya saya dalam bidang seni di Indonesia. Saya benar-benar serius mahu mencapai apa yang saya mahukan.
“Jika semuanya berjalan lancar, saya juga sudah bersedia untuk membahagikan masa dan menetap lebih nama di Indonesia untuk mebina nama,” katanya lagi.
Sumber: Gempak , Instagram Neelofa
Leave a Reply Cancel reply