Siapa tidak mengenali Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin yang merupakan juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4). Aishah bukanlah calang-calang penyanyi dan dia mempunyai latar belakang seni yang cukup warna-warni.
Terdahulu, ketika bersama kumpulan daripada New Zealand dan menggelarkan diri mereka Aishah And The Fan Club, Aishah menjadi pelopor sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia pernah menduduki carta Billboard.
Terbaharu, Aishah yang kini sudah lebih 3 dekad dalam dunia industri seni berkongsi sesuatu mengenai dirinya di laman instagram miliknya.
“Dari mula-mula nyanyi dulu,kalau nak ambil gambar je rasa nak mengelat sebab tak photogenic, and I selalu tak sure mana nak letak kaki, tangan, chin up chin down dan lain-lain,” tulis Aishah di Instagramnya.
Aishah memberitahu bahawa walaupun sudah 33 tahun menyanyi, bergambar adalah satu skill yang dia tidak begitu yakin.
“Walaupun dah 33 tahun buat kerja ni. Satu skill yang tak berapa cemerlang. So bila bergambar menyanyi untuk relakkan diri,” jelas Aishah ketika satu sesi fotografi yang dia sedang lakukan.
Antara komen peminat:
Leave a Reply Cancel reply