“Tengah menaip, tiba-tiba…”- Faizal Ismail dedah sesuatu terjadi kepadanya ketika menaip

Faizal Ismail atau lebih dikenali sebagai FBI kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Industri Kreatif di Universiti Cardiff, United Kingdom menjelaskan dia terpaksa akur apabila matanya disahkan mengalami masalah penglihatan kabur.


Jelas Faizal, dia agak terkejut pada awalnya dengan apa yang terjadi. Selama 44 tahun ini dia tidak pernah berdepan langsung dengan masalah penglihatan. Namun kini dia perlu bergantung kepada dengan cermin mata.

Perkara ini telah dikongsikan Faizal di laman instagram miliknya.


“Sejak dua minggu lepas, tengah-tengah menaip, tiba-tiba kepala pusing, mata letih. Pergi jumpa pegawai 0ptometri, dia kata keseluruhan mata okay.

“Tapi, bila dia uji suruh baca dari jarak tertentu, kantoi! ‘Eye strain (mata letih), jadi anda perlukan cermin mata untuk membaca’.

“Saya yang tak pernah pakai cermin mata tanya dia, macam mana boleh jadi begitu, lepas tu dia jawab sambil berbisik ‘Kamu semakin ‘muda’ ‘,” tulisnya di instagram.


Faizal yang kini kini sudah memasuki semester kedua sedang sibuk menyiapkan tugasan pengajiannya.

“Lama tak update sebab sibuk melampau dengan deadline beratur panjang! Master kat UK ni setahun tapi sangat padat, jadi memang semester kedua ni banyak g1la kerja,” katanya.

 

Sumber: Ig Faizal Ismail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*