“Dulu pernah buat tapi untuk seronok-seronok je” – Khai Bahar rupanya ada bakat terpendam

Penyanyi popular Khai Bahar atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin telah menunjukkan bakat menarinya dalam muzik video single terbarunya, Hati Ny4wa.


Sebelum ini, menurut Khai dia pernah menari sekitar tahun 2014 tetapi hanya untuk tujuan seronok-seronok.


“Saya pernah menari dulu tapi seronok-seronok je. Buat cover lagu, menari dan buat video. Tak tahu mana pergi dah video tu.

“Untuk muzik video ni, memang saya beri komitmen untuk menari dari awal sehingga habis lagu,” jelas Khai lagi.

Khai turut menjelaskan bahawa lagu terbarunya ini dari yang lain dan mencabar baginya.


“Lagu berentak rancak ni memang memerlukan saya 100 peratus menari. Sebelum ni saya selalu bawak lagu balada, lagu sedih dan kalau ada lagu rancak pun tidaklah terlalu fast macam lagu ni,” ujar Khai.

Untuk pengetahuan, konsert Khai Bahar Dari Smule ke Pentas Dunia akan berlangsung pada 27 dan 28 Mac di Istana Budaya. Tiket konsert itu juga sudah mula dijual.
Sumber: Gempak, Ig Khai Bahar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*