Jamal Abdillah sedia sertai AJL, tak kisah kalah, ini sebabnya

Datuk Jamal Abdillah atau nama sebenarnya Dato’ Jamal Ubaidillah bin Haji Mohd Ali kini sudah bersedia untuk bertanding dalam pertandingan seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Bagi Jamal walaupun sudah menjadi penyanyi yang mempunyai pengalaman selama 40 tahun dalam industri muzik, ia tidak menghalangnya untuk menyertai pertandingan tersebut.


Jamal yang kini popular dengan single Belenggu Rindu duet bersama Wanny Hasnita berbesar hati sekiranya lagu tersebut mendapat peluang untuk ke AJL. Menurut Jamal, duetnya bersama Wanny merupakan salah satu cara untuk dirinya dikenali dalam kalangan peminat muda.

“Kalau lagu itu mempunyai rezeki ke AJL, saya tak kisah dan bersedia untuk beraksi di pentas terbabit. Bagi saya, status sebagai penyanyi senior tidak menghalang saya untuk bertanding.

Foto: Google

“Jika single tersebut ada rezeki terpilih, saya akan menyanyi dengan sepenuh hati serta memberikan persembahan istimewa untuk peminat

“Saya tak kisah kalau lagu itu kalah pun, asalkan dapat bertanding memberikan yang terbaik mewakili komposer dan penulis lirik,” katanya.

Saya harus berfikir untuk menempatkan diri dalam arena ‘mainstream’. Jadi, lagu bersama Wany merupakan salah satu caranya.

“Saya sendiri faham, lagu baru penyanyi senior jarang diputarkan oleh radio. Menerusi duet saya bersama Wany, lagu itu mendapat sambutan dan dimainkan di radio.

“Saya sangat bersyukur dengan perkembangan itu dan perkara terbabit menjadi salah satu cara untuk saya dikenali oleh peminat muda,” katanya lagi.

 

 

Sumber: Gempak, Ig Wany Hasnita

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*