Berbakat bermain skateboard, Alif Hadi tak sangka ia bawa tuah

Alif Hadi atau nama sebenarnya Muhammad Alif bin Abdul Hadi merupakan seorang pelakon dan pengacara.

Terbaharu, Alif telah membintangi Filem Bulan & Pria Terhebat. Ia dipilih sendiri oleh pengarah Ghaz Abu Bakar kerana pengarah mahu mengetengahkan sukan ‘skateboard’.


Untuk pengetahuan, Alif mempunyai bakat sukan papan selaju atau ‘skateboard’ sejak 18 tahun lalu. Dia tidak menyangka  bakatnya itu diperlukan di dalam sebuah filem.

“Sebenarnya saya rasa bangga apabila dipilih oleh Ghaz sendiri untuk berlakon dalam filem Bulan & Pria Terhebat ini.

“Tidak sangka skateboard menjadi sebahagian aks1 di dalam filem ini,” katanya kepada Gempak.


Selain Alif yang membintangi Bulan & Pria Terhebat, ia turut dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Filem hebat yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production ini bakal menemui penonton pada 12 Mac depan.

Ditanya mengenai pengalamannya dalam menjayakan filem ini ketika penggambaran, Alif berkata walaupun sudah biasa dalam dunia ‘skateboard’, dia tetap berdepan dengan cabaran.

“Semua stunt atau aks1 melibatkan skateboard di dalam filem ini saya lakukan sendiri.


“Meskipun saya diberi kebebasan untuk melakukan style saya sendiri namun saya tetap berhadapan dengan cabaran apabila lokasi ketika melakukan aksi tersebut agak sukar.

“Kami menjalani penggambaran di dalam gudang dan agak mencabar kerana simennya tidak rata dan ada yang pecah-pecah jadi agak tidak stabil untuk bermain skateboard,” katanya lagi.


Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyelvdup masuk ke dalam sind1ket pemerd4gangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari gengg4man b4pa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembvnuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

 

Sumber: Gempak, Ig Alif Hadi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*