Hari Keputeraan Rasmi Agong Dipinda

Ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada tahun ini dipinda daripada tarikh Sabtu, 6 Jun kepada Isnin, 8 Jun memetik laporan Awani.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, kerajaan juga bersetuju bermula 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Hari Keputeraan Rasmi baginda ialah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun.

“Hari Keputeraan Rasmi ini adalah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am,” kata Mohd Zuki dalam kenyataan pada Isnin.

Al-Sultan Abdullah tekah dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang hasil keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Kuala Lumpur.

Baginda menggantikan ayahanda baginda yang dilaporkan dalam keadaan ger1ng dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Baginda yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan adalah cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Baginda dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Disember 2016 sehingga 11 Jan lalu setelah Sultan Ahmad Shah ger1ng.

Kali pertama baginda memangku jawatan itu ialah ketika berusia 20 tahun pada 28 April 1979 semasa ayahanda baginda ditabal Yang di-Pertuan Agong pada 1979-1984.

Sumber: Astro Awani, BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*