Achey terima surat daripada budak darjah 5, doakan Abam tenang bikin sebak

Walaupun sudah hampir sebulan Allahy4rham Abam Bocey meninggalkan kita, pemergiannya masih dirasa sehingga kini. Antara yang paling merasai pemergian Allahy4rham Abam selain keluarganya adalah rakan karib Abam iaitu Achey dan Fad.

Terbaharu, Achey mendedahkan bahawa dia telah menerima sepucuk surat dari sekumpulan budak darjah lima yang memperkenalkan diri sebagai Azalea, Alisha dan Adam itu. Dalam surat tersebut mereka menitipkan doa buat arw4h. Sesiapa yang membacanya pasti merasa sebak dengan isi kandungan surat tersebut.


“Assalamualaikum abang Achey, kami peminat abang Achey. Abang jangan sedih tau semenjak arw4h Abam men1nggal dunia.

“Kita sama-sama doakan arwh Abam tenang di sana.


“Hanya kenangan yang boleh menggembirakan abang Achey dan abang Fad. Semoga amalan arw4h di dunia ini diterima Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” tulis mereka dalam surat tersebut.


Achey dalam nada sebak berterima kasih atas keprihatinan sekumpulan pelajar sekolah rendah itu.

“Budak-budak pun faham… Terima kasih sebab faham. Tahniah kepada ibu bapa mereka mendirik mereka.

“Sampai ke pos rumah kita dia hantar surat,” kata Achey.

 

Sumber: Ig Achey

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*