Selepas Dua Tahun Bob Yusof Lancar Single Terbaru, Harap Dapat Sokongan Peminat Siti Nurhaliza

Setelah hampir dua tahun tidak mengeluarkan lagu, Penyanyi Bob Yusof kini telah melancarkan single terbarunya yang berjudul Dan Hari Ini. Lagu terbarunya ini merupakan ciptaan komposer terkenal Sharon Paul bersama Hanz Guo Hang manakala penulis lirik, Rudy Imran.


Bob atau nama sebenarnya Yusrizan bin Usop akui menyimpan hasrat agar single terbarunya iIni mendapat sokongan daripada peminat penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bob berkata tidak salah untuk mereka mendengar memandangkan sudah hampir dua tahun dia tidak mengeluarkan buah tangan baharu.

“Nak kata tidak, saya harapkan juga sokongan peminat Datuk Siti untuk turut sama menyokong single terbaru ini.


“Rasanya tak salah untuk peminat menyokong dan mendengarkan single baru ini selepas hampir dua tahun tidak tampil dengan lagu baru,” katanya kepada Gempak.

Bob ditemui di majlis pelancaran single Dan Hari Ini yang diadakan di Damansara Perdana.

Sebelum ini, Bob telah ang menggantikan Siti untuk membawa lagu Anta Permana di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) sekaligus merebut tempat ketiga pada malam tersebut.


Bob turut mendedahkan bahawa kejutan Siti berada di pentas AJL34 telah menaikkan bilangan pengikutnya di media sosial.

“Saya akui persembahan bersama kejutan Siti pada malam AJL34 sedikit sebanyak menaikkan populariti dan pengikut saya di laman sosial,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak, Ig Bob Yusof

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*