“Dah kahwin ni jangan buat hal pulak…” – Comel je ucapan Sharifah Shahora untuk Mamat

Pelawak Mamat Sepah atau nama sebenarnya, Mohd Noor Murad baru sahaja mendirikan rumah tangga dengan pasangan pilihan hatinya iaitu Diana Ibrahim yang berasal dari Sabah.

Mamat yang kini berusia 35 tahu memilih melangsungkan majlis pernikahannya pada 1 Mac lalu mengikut cara dan adat kampung. Mereka sudah beberapa kali menangguhkan perkahwinan.


Pernikahan tersebut berlangsung di kediaman Mamat sendiri di Kulai, Johor kira-kira pukul 8.00 malam. Ramai teman rapat mengucapkan tahniah di laman instagram masing-masing. Antara ucapan yang mencuit hati adalah daripada Sharifah Shahira.


“Selamat pengantin Baru Mamat Sepah. Sejak kawin ni malu nak tunjuk muka yg berseri tu ek. Dah kawin ni jangan buat hal, hari hari tengok muka isteri, jangan tengok isteri orang pulak.

“Semoga perkahwinan ini akan kekal bahagia dan dikurniakan anak yang comel-comel. Moga Allah akan mencurahkan rezeki yang luas pada Mamat & Isteri,” ucap Shahira kepada Mamat dilaman instagram miliknya.


Sumber: Ig Sharifah Shahora / mamat sepah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*