Tasha Shilla dedah sebab Masjid Wilayah jadi pilihan akad nikah

Pelakon Tasha Shilla kini sah bergelar isteri kepada Muhammad Atiq Idris pada majlis ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Jumaat lepas dengan sekali lafaz.  Tasha terlihat begitu anggun ketika mengenakan persalinan rona putih rekaan Hatta Dolmat.

Majlis resepsinya yang persis raja-raja klasik juga ternyata masih diingati oleh para peminatnya. Mereka berdua dilihat begitu sepadan bersanding diatas pelamin indah.

Tasha turut mendedahkan mengapa dia memilih Masjid Wilayah untuk majilis akad nikahnya. Rupanya Tasha telah bertemu dengan suaminya untuk kali kedua di ruangan solat. Sebelum ini mereka telah diperkenalkan oleh kenalan rapat dan pernah berjumpa, namun momen di masjid Wilayah mengingatkan mereka kepada pertemuan yang seterusnya. Jadi mereka berdua telah bersutuju untuk mengadakan majlis akad nikah di sana sebagai simbolik pertemuan mereka itu.

 

Sumber: Instagram Tasha Shilla

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*