‘Belum dikira tutup aurat kalau berhijab macam ni…’ – Yatt Hamzah

Pelakon Yatt Hamzah yang baru sahaja selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 30 Disember lalu kini dilihat lebih banyak meluangkan masa berkongsi ilmu yang berguna dengan pengikutnya di laman instagram.

Kali ini Yatt berkongsi mengenai aurat wanita yang wajib ditutup dengan sebetulnya bukan sekadar mengikut fesyen semata-mata. Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah menyatakan bahawa bertudung belum dikira menutup aurat.  Yatt turut menyertakan petikan dua surah al-Quran mengenai batas pemakaian wanita.

Yatt menjelaskan ia belum dikira menutup aurat kalau pakai tudung setakat tutup kepala tapi nampak rambut, telinga, leher, dada dan macam macam lagi yang sengaja dinampakkan.

“Kepada yang masih tak tahu atau keliru jom sama-sama baca terjemahan ayat-ayat Quran di bawah. Semoga bermanfaat,” tulisnya.

Dalam Al Quran surah Al Ahzab ayat 59 menjelaskan bahawa pakaian taqwa seorang wanita adalah melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Jadi jika hanya sekedar menutup bahagian kepala sedangkan bahagian bawah dagu, dada, betis, kaki dan sebagainya terdedah bagi memperlihatkan perhiasan mereka, maka hukumnya tetap haram dan berdosa. Memakai tudung dengan mendedahkan aurat lain seperti menampakan susuk badan dan seluar ketat atau sebagainya dengan alasan mengikut fesyen juga dikira tidak menutup aurat dan bukan pakaian takwa yang diperintahkan oleh syarak.

Dlm Surah An-Nur ayat 31, Batasan aurat wanita ialah keseluruhan badannya kecuali muka dan dua tangan (hingga pergelangannya). Inilah pandangan jumhur ulamak dan menjadi amalan kebanyakan wanita Islam hari ini. Namun keharusan mendedahkan muka dan dua tangan itu terikat dengan suasana aman dari fitnah. Dalam keadaan fitnah, keseluruhan badan wanita adalah aurat dan wajib ditutup tanpa ada sebarang bahagian yang dikecualikan.

 

Semoga ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua. Jangan lupa semak balik cara pemakaian sebelum keluar rumah. Adakah tutup aurat atau balut aurat?

 

Sumber: Instagram Yatt Hamzah

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*