Bengkel jahitan Pen jara Penor di Kuantan, hanya ‘mengendalikan’ tempahan paling penting buat masa ini, iaitu peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesa kit Covid-19.
Memetik laporan Bernama, bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang setiap hari, seramai 18 bandvan yang ditempatkan di bengkel itu akan bertungkus-lumus mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.
Pengarah Pen jara Penor Datuk Abu Hasan Hussain berkata, mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan PPE yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE dari hujung kepala ke hujung kaki.
“Bengkel kami mula menjahit PPE Jumaat lalu, dan setiap hari kami boleh menghasilkan lebih 20 pasang PPE yang akan terus dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang untuk diagihkan kepada Jabatan Kesihatan negeri.
“Buat masa ini, bengkel jahitan turut beroperasi pada Sabtu dan Ahad berbeza daripada kelaziman kerana menyedari keperluan mendesak terhadap PPE ekoran peningkatan jumlah pesa kit Covid-19,” katanya.
Abu Hasan berkata, beberapa kakitangan pen jara sudah mengikuti taklimat pembuatan PPE pada 25 Mac, bagi memastikan PPE yang dihasilkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak kesihatan.
Selain PPE, Abu Hasan berkata, Persatuan Isteri, Anak dan Anggota serta Kakitangan Wanita Pen jara Malaysia (PERSIAP) di situ turut menghasilkan 525 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
Sementara itu, pegawai selia bengkel jahitan Pen jara Penor Sarjan Muhd Mulyadi Abd Ghani berkata, bandvan yang terbabit tidak mengambil masa lama untuk memahami kaedah menjahit PPE kerana sudah mahir mengendalikan mesin jahit kerana sering menerima tempahan pakaian seragam.
“Untuk melancarkan tugas, kami wujudkan tiga stesen khas yang terdiri daripada membahagikan material, memotong dan menjahit. PPE yang siap juga perlu melalui kawalan kualiti oleh kakitangan pen jara.
“Proses yang paling renyah untuk dilakukan ialah memasukkan getah yang bertujuan mengetatkan bahagian pergelangan tangan, dagu topeng muka dan pelindung kasut,” katanya kepada Bernama.
Sekadar makluman, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 14 April 2020, di seluruh negara.
Malaysia terpaksa akur selepas kes COVID-19 kini mencecah 2,626 orang dengan 37 rekod kemat1an.
Justeru, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Sumber: Gempak
Leave a Reply Cancel reply