Pelakon Datin Niena Baharun atau nama sebenarnya Amaniena Baharun telah mendirikan rumah tangganya dengan suaminya, Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadim pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra, Kota Bahru, Kelantan. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 24 Oktober 2018 yang diberi nama Adiel Mikael.
Terbaharu, Niena meluahkan kekhuatirannya dengan bekas parvt di bahagian dahi anaknya akibat tersungkvr di tepi bucu lantai.
Menurut Niena, kecedraan yang dialami anak lelakinya, Adiel Mikael akibat tersungkvr di tepi bucu lantai tidak mengalami lvka yang serius namun dia khuatir macam mana nak hilangkan kesan parut di dahi anaknya itu.
Perkara tersebut dikongsikan Niena menerusi instagram miliknya beserta kapsyen dibawah:
“Daddy cakap biasalah anak boy tengah lasak. Tapi mommy risau parvt tu macam mana nak hilang
“Tapi takpe asalkan, @adielmikael okay. Petang semalam al kisah nya dia tersvngkur dekat tepi bucu lantai, dahi yang terkena dulu.
Sebelum tu dah ada benjol dekat tempat yang sama akibat terhantvk dengan pintu sebab duk main celah celah langsir.
.
“Harap harap selepas kejadian ni, Adiel Mikael makin behave.
Perkongsian Niena itu telah mendapat pelbagai reaksi dari pengikut instagramnya.
Sumber: Ig Niena Baharun
Leave a Reply Cancel reply