“Happy 3 Years Baby!..” – Ucapan Sweet Nora Danish Sempena Ulang Tahun Ketiga Perkahwinannya

Pelakon Nora Danish atau nama sebenarnya Nora binti Mohd Danish Hanif telah mendirikan perkahwinannya dengan Nedim pada 30 Mac 2017 dan ini merupakan perkahwinan kedua buat mereka. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl Nedim.

Terdahulu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Namun mereka telah berpisah pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Manakala Nedim juga seorang duda anak satu selepas berpisah pada tahun 2013 dan mendapat anak lelaki, Mohamed Nedrin atau Dre.


Semalam merupakan genap tiga tahun usia perkahwinan Nora Danish dan Nedim atau nama penuhnya Mohamed Nedim Nazri Aziz.

Sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga, Nora telah memberi ucapan yang begitu sweet di laman instagram miliknya.

Happy 3 years baby! 4 years as gfbf + 3 halal, fuhhh 7years u mengadap I sayang…. hahaha Thank you my love for putting up with my mood swings and for always lifting up my mood when I feel down. Susah task tu! But u handle it well hehe.
Lagi lagi tengah MCO ni, gosh. I’m actually running out of words to say cuz for almost 14 days we mengadap muka each other 24/7 , compliment each other , cook together , pubg together , tiktok… je belum . & we are lucky too, cuz on our anniversary this year we have all of our kids here with us. Syukur ya Allah.
Now , Here’s to growing old together, hand in hand , being each other’s partner in crime. Happy Anniversary, dear husband. I love u so much & I still adore u Sama Mcm masa we first met. InsyaAllah We celebrate again next year. Love ya daddy neyney.

 

Rata-rata peminat dan rakan-rakan artis mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada keduanya di ruangan komen dan berdoa perkahwinan mereka akan terus kekal selamanya.

 

 

 

 

Sumber: Ig Nora Danish

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*