Terjawab Persoalan Adakah Total L0ckdown Akan Dilaksanakan Atau Tidak. Ini Jawapan Ismail Sabri

Kerajaan akan memberi tempoh secukupnya untuk rakyat bersedia sebelum melaksanakan sebarang tindakan mengawal jangkitan CO.VlD-19 yang menunjukkan trend peningkatan sejak kebelakangan ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau menasihati rakyat agar tidak membuat pembelian panik berikutan adanya spekulasi kerajaan akan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Menurutnya, rakyat juga diminta tidak mudah percaya dengan berita pa.lsu mahupun pelbagai andaian tidak benar berhubung keputusan yang akan diumumkan kelak.

” Tidak perlu hendak pembelian panik, yang tular semua pa.lsu… tunggu dulu pengumuman dari kerajaan.

” Apapun keputusan, kerajaan tidak terus buat serta-merta, mesti akan beri ruang (persediaan) dalam tempoh dua, tiga hari dan sebagainya,” katanya kepada Bernama ketika menyantuni ma.ngsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Kerayong di sini pada Sabtu.

Adakah total lo.ckdown akan dilaksanakan?

Dalam pada itu, mengenai spekulasi pelaksanaan semula PKP, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menjelaskan kerajaan tidak akan laksanakan total lockdown.

” Saya percaya tidak mungkin kita (kerajaan) laksanakan total lockdown seperti PKP sebelum ini…

” Kita ada lagi mesyuarat MKN (Majlis Keselamatan Negara) dan teknikal pada Isnin ini untuk melihat SOP (prosedur operasi standard) lebih terperinci.

” Apa-apa keputusan kerajaan buat adalah yang terbaik untuk rakyat, tidak usah panik.”

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas pada Isnin mengenai tindakan yang dilaksanakan berhubung situasi semasa jngkitan COVlD-19 yang menunjukkan trend peningkatan kebelakangan ini.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail Sabri meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berhasrat menyalurkan bantuan banjir agar menyelaraskan pertolongan mereka dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di kawasan terjejas.

Katanya, kerajaan tidak menghalang usaha NGO sebaliknya mahu memastikan setiap bantuan yang dibawa dapat diagih dan diselaras dengan sempurna selain bagi mengelak berlaku penularan CO,VlD-19 di kawasan bencana yang mungkin dibawa oleh individu dari zon merah.

Tidak laksanakan total lockdown, tapi mungkin PKP akan lebih ketat

Sementara itu berdasarkan sumber lain, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat mungkin dilaksanakan untuk menurunkan jumlah kes COV.lD-19 ke tahap yang dapat dikawal, menurut sumber kerajaan.

Kemungkinan PKP akan berlangsung selama sebulan bermula minggu depan, kata sumber kepada The Star.

” Oleh kerana tempoh ini akan meliputi pembukaan sesi persekolahan untuk tahun baharu (20 Januari) dan juga Tahun Baharu Cina (12 Februari), ini adalah pengumuman penting yang akan dibuat oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin.

” Ia mungkin tidak lama tetapi akan menjadi ketat kerana masyarakat mengambil ringan dengan SOP (prosedur operasi standard) dan ini telah menyumbang kepada sebahagian besar kluster baharu.

” Aktiviti-aktiviti utama yang akan terjejas di bawah kemungkinan MCO adalah melibatkan aktiviti keagamaan, sosial, sukan dan budaya. Kegiatan ekonomi akan terjejas hingga ke tahap tertentu,” menurut sumber.

Langkah-langkah yang dicadangkan itu juga akan menyejukkan suhu politik berdasarkan perkembangan semasa.

” Perdana Menteri mahu menumpukan perhatian untuk menangani mas4lah pandem1k dan benc4na banjir. Isu politik akan menjejaskan tumpuan itu,” kata sumber.

Difahamkan, kerajaan akan memaklumkan industri terlebih dahulu untuk membantu mereka membuat persiapan terhadap PKP yang lebih ketat agar tidak memberi kesan buruk kepada ekonomi.

” Kabinet membincangkan hal ini secara terperinci pada Rabu dan sentimennya adalah untuk menurunkan jumlahnya (kes Co.vid-19), terutama apabila kita juga kini menghadapi bencana banjir.

” Keadaan petugas barisan hadapan (frontliners) begitu tegang dan kerajaan berusaha untuk mengimbangkan antara menyelamatkan nya,wa dan mengekalkan kesejateraan hidup.

” Namun, kebanyakan menteri tidak berpihak kepada PKP secara menyeluruh tetapi kepada lebih banyak untuk MCO yang bersasar kerana mereka bimbang ekonomi yang baru hendak pulih akan tumbang,” kata sumber itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DDP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: limauais

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*